Saturday, August 27, 2011

Aku kah lelaki Taurus itu??? hahahaha....

Taurus (taken from www.sluppz.blogspot.com)

Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat. (hmm...agak lah...aku rs gemuk je..tp ada org cakap sedap dipeluk....) Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.(semestinya kot...mmg minat mende ni sume...ada yg x stuju?) Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik.(errr...suara aku x sedap, tp aku mmg suka nyanyi...) Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa. (love this statement...) Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri, menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita. (aku cmtu ke? aku rs x kotttt.....) Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya. (yes, definitely...kalu x, xkn la aku leh survive sorang2 smpai skrang...) Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. (choiiii.....) Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya, di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan. (see...? mana pakat amik je...) Dorongan syahwatnya kuat. (kira nok kabo ni aku kuat sexxxx keeee...) Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta. (aku kan suka kumpul keychain.....) Kebolehanya menghias rumah, dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

No comments:

Post a Comment